Tuesday, May 2, 2017

KEK CHOCOLATE MOIST

BAHAN BAHAN

KEK CHOCOLATE MOIST 

BAHAN A 
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor
*satukan 

2 biji telur Gred A

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
* ayak

CARA CARA
Satukan BAHAN A dalam bekas
Masak atas api ( double boiler ) sehingga sebati dan gula hancur
Masukkan telur yang telah di kocok
Masukkan tepung yang telah di ayak
Masukkan adunan ke dalam bekas yang di sukai ( masukkan separuh bekas )
Kukus selama 30 minit dengan api sederhana
Sejukkan kek sebentar 


250 gm Cheese ( philadhephia ) lembut kan di suhu bilik dahulu
500 ml UHT Whipping Cream
3 sudu besar susu pekat manis

Satukan cheese dengan susu pekat. Putar hingga lembut
Masukkan UHT whipping cream .Putar hingga adunan cheese menjadi lebih kembang dan mengebu ( jgn putar lama sangat takut uht whipping mencair semula )
Simpan sedikit adunan cheese utk lorekan atas kek 

COKLAT LELEH
 300 gm coklat masakan
 300  gm UHT Whipping Cream
1 sudu makan  nutella

Satukan kesemua bahan dan Masak atas double boiler hingga menjadi ganache
Sejukkan sebentar hingga sedikit memekat.




STEP MELAPIS KEK BERHANTU !!

1. KEK
2.ADUNAN CHEESE ( biarkan adunan cheese mengeras dahulu, baru tuangkan adunan ganache )
3, GANACHE
4. LOREK
4 KETEBALAN ADUNAN SETIAP LAPISAN TERPULANG DAN AGAK2 SAHAJA 

Resepi Pavlova Sedap Lagi Enak



Untuk Pavlova Disc:
4 biji telur gred A (bahagian putih sahaja)
200gm gula castor
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1/2 sudu besar tepung jagung



Untuk Krim:
240ml whipping cream
20 gm castor sugar
Buah2 kesukaan..
(rai cadangkan yg masam2 mcm strawberry, berries. peach 
sebab nak bagi kontra rasa ngan pavlova yg dah sgt manis)





Cara2 membuatnya:


1. Make sure bowl kering. pastikan tiada sisa air, minyak dan sebagainya
sebab nak buat meringue memang pantang bendasing. Telur putih pun mesti sikda sisa telur kuning ohh. Masukkan putih telur dulu ke dalam bowl.



2.Putar putih telur sampai berbuih cm keluar buih2 sabun tu dulu.
Bila dah berbuih2 sambil putar mixer baru masukkan gula sedikit demi sedikit.
(tips: jangan campur putih telur + gula terus dari awal... Putar dulu putih telur bila dah berbuih baru masuk gula okies kawan2)




3. Putar sehingga ia berkrim dan berkilat



4. Masukkan esen vanilla

5. Ok putar sampai jadi bila kita angkat mcm bertanduk.. haha bukan tanduk bercabang2 mahupun pisang tanduk yaa...
kikih... atau bila terbalikkan bowl... sure tak jatuh adunan tu dari bowl...
(cubalah terbalikkan.. hik3)..





6. Lepastu stop kan mixer dan masukkan tepung jagung dan juga cuka.






7. Guna senduk sahaja gaul2 bg sebati dah cukup tepung jagung dan cuka tadi.




8.Masukkan adunan tadi ke dalam piping bag....
Rai gunakan Nozel No. 347




mcmni bentuk Nozel tersebut





9. Alas Loyang dengan kertas minyak. Buat bulatan guna pensel ikutla loyang ke atau apa2 yg bulat.
ikut saiz yg dimahukan...
Picit piping bag sambil buat pusingan2 kecil mengikut arah jam.




10. Penuhkan piping di bahagian dalam.. yg dalam tu tebalkan sedikit...
supaya bila kita potong nanti dalam dia ada struktur macam Marshmallow...
kalau nak buat 2 lapis.... buat 2 keping disc asing2.....





11. Nak buat disc dalam bentuk comel2 pun boleh...



12.Panaskan Oven suhu 150 celsius...
Bakar selama 60-75 minit sehingga disc bertukar kepada perang...




13. Tips untuk Pavlova tak crack.... lepas dah masak tu... jangan keluarkan dr oven....tutup suis oven....Biarkan je dia sejuk dalam oven tu sendiri.....



Untuk Topping....
1.Whipping cream make sure sejuk lok baruk keluar dari fridge untuk putar...
Tips mok senang putar whipping krim: 

- Masukkan pemutar besi dan bowl mixer ke dalam fridge tempat beku sampai besi dan bowl sejuk...dalam 15-30 min...
-Then keluarkan pemutar dan bowl mixer, masukkan whipping cream dan terus putar dengan kelajuan tinggi sampai dia soft peak..
-jangan putar terlalu lama nnti krim jadi mcm pecah minyak....

Masukkan krim dalam piping bag dan boleh piping....
Lepastu hias dengan buah2 tadi...



Pavlova juga perlukan post mortem... hehe
ok dah2 jangan terliur lama2.... jom2 buat... kekekeh....




Hidangkan dengan penuh kasih sayang. 


thankyou bacaaa gaissss~~~

Resepi Biskut Red Velvet White Chocolate Chips

Resepi Biskut Red Velvet White Chocolate Chips


Resepi Biskut Red Velvet istimewa, sesuai juga untuk dihidangkan pada hari raya atau di 'dessert     table' di majlis hari jadi. Biskut atau cookies begini termasuk dalam kategori 'drop cookies' kerana         teksturnya yang melekit dan disudukan dengan secukupnya kemudian dijatuhkan di atas dulang           pembakar.
Resepi diambil dari website cookingclassy.com . Tekstur biskut ni rangup di luar, lembut di dalam, chewy dan sangat sedap. Kalau anda sukakan biskut lebih rangup, bakar dengan lebih lama (anggaran lebih 3 hingga 4 minit).
Satu cara yang Che Nom suka buat dengan drop cookies ialah rehatkan biskut dahulu di dalam peti sejuk selama 10-15 minit sebelum dibakar supaya biskut tidak terlalu melebar dan mengekalkan sedikit ketebalan yang sesuai.
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 35 minit Jumlah Hidangan : 35 biji
Bahan-Bahan:
·         1 1/2 cawan tepung gandum
·         2 1/2 sudu besar serbuk koko
·         1 sudu teh tepung jagung
·         3/4 sudu teh baking powder
·         1/2 cawan mentega, lembutkan
·         1 cawan gula kastor
·         1 sudu kecil vinegar atau cuka makan
·         1 biji telur Gred A
·         1 1/2 sudu kecil ekstract vanilla
·         1 1/2 sudu kecil pewarna merah
·         3/4 cawan white chocolate chips
Cara Penyediaan:
1.    Ayak tepung gandum, serbuk koko, tepung jagung dan baking powder di dalam mangkuk dan ketepikan.
2.    Dengan menggunakan mixer, putar mentega bersama gula kastor dan vinegar sehingga putih dan kembang. Anggaran dalam 3-4 minit.
3.    Masukkan pula telur, esen vanilla dan pewarna merah kemudian pukul sebati.
4.    Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan akhir sekali masukkan separuh white chocolate chip. Separuh lagi digunakan untuk hiasan sebelum dibakar.
5.    Sudukan doh menggunakan ice cream scoop di atas dulang yang telah dilapik dengan kertas minyak. Kalau tak ada ice cream scoop sudu pun boleh cuma saiz harus sekata supaya waktu masak adalah sama.
6.    Masukkan doh yang sudah di scoop tadi ke dalam peti ais selama 15 minit. Ini adalah supaya biskut tidak terlalu nipis dan melebar apabila dibakar.
7.    Bakar pada suhu 160°C selama 9-11 minit. Masa adalah bergantung pada saiz oven dan jenis oven anda.
8.    Angkat dan sejukkan biskut di atas redai. Biskut memang lembut apabila baru masak dan panas, tetapi akan mengeras di waktu proses penyejukan.
9.    Simpan di dalam bekas kedap udara apabila sudah sejuk sepenuhnya.




Resepi Kek Batik Bersalut Ganache

Resepi Kek Batik Di Salut Ganache


Kek batik coklat dengan biskut ini adalah salah satu jenis “No-Bake Cake” atau kek yang dibuat tanpa perlu memasak. Kek batik coklat ini juga tidak menggunakan sebarang tepung.


Sila ikuti resepi kek batik coklat biskut Marie saya ini untuk mendapatkan hasil yang seperti di atas. Resepi kek batik ini amat lah mudah dan senang untuk diikuti. Saya jamin anda pasti akan berpuas hati dan tidak menyesal dengan hasil nya.

BAHAN-BAHAN Resepi Kek Batik:

1.      Milo – 100gram
2.      Susu pekat manis – 195gram
3.      Susu segar – 100ml
4.      Biskut Marie – 300gram (Siap dipatah dua)
Anda juga boleh guna lain biskut. Mengikut citarasa masing-masing
5.      Mentega – 125gram
6.      Kacang almond (siap dipotong dan dipanggang)
7.      Serbuk koko – 15gram


CARA-CARA MENYEDIAKAN Kek BAtik:

1.      Pertama sekali, cairkan marjerin di dalam kuali
2.      Kemudian, masukkan susu pekat, Milo dan serbuk koko
3.      Gaul kesemuanya sehingga sebati. Pastikan tidak berketul
4.      Kemudian, masukkan biskut
5.      Gaul biskut dengan coklat sehingga semua sebati
6.      Kemudian, masukkan kacang almond
7.      Gaul sehingga sebati
8.      Pastikan biskut tidak hancur semasa menggaul
9.      Ambil bekas loyang yang di lapik plastik di atas nya
10.  Kemudian, tuang semua bahan tadi ke dalam bekas
11.  Tekan bahan tersebut sehingga mampat di dalam bekas loyang itu
12.  Kemudian, simpan kek anda dalam peti sejuk untuk disejukkan
13.  Sejukkan dalam 4-6jam



Sementara menunggu kek batik coklat anda siap, anda boleh menyediakan topping ganache. Ganache ini adalah cairan coklat untuk disalutkan di atas kek batik anda. Untuk melihat cara-cara menyediakan ganache boleh pergi ke link ini. 


Setelah kek batik anda sudah sedia. Keluarkan kek batik daripada loyang itu. Kemudian, potong dan susun kemas sebelum anda siram kek batik anda dengan ganache coklat. Kemudian boleh lah anda menikmati kek batik coklat biskut Marie di saluti coklat ganache anda bersama keluarga dan sahabat. Selamat mencubaa~


Monday, May 1, 2017

Kek Pandan Lapis Kastad

Kek Pandan Lapis Kastad





Assalamualaikum.
Kek Pandan Lapis Kastad  merupakan salah satu kek lapis yang terdapat di Malaysia. Tambahan pula, ianya sangat sedap dan sesuai dihidangkan semasa hari perayaan. Hehe anda boleh cuba try dan test laa resepi ini.


Kek Pandan Lapis Kastad

Bahan²

6 biji telur ayam 
100 gram gula halus - ayak
100 gram tepung gandum - ayak
1 sudu teh baking powder - ayak
60 gram tepung jagung - ayak
50 gram jus pandan sejuk ( dari peti ais )
2 sudu makan ovelet
1 sudu kecil esen vanilla 
75 gram mentega - dicairkan 

Cara²
Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih.
Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
Bakar dalam acuan dengan menggunakan kaedah waterbath dengan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan suhu 150°C.
Bila sudah masak biarkan sejuk. 
Bila dah sejuk, potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian menggunakan benang .
Sementara tunggu kek sejuk sepenuhnya, bleh la sediakan lapisan kastadnya.





Puding Kastad


Bahan2
6 tbsp tepung kastad
1 1/2 tsp serbuk agar-agar
750ml santan @ susu cair - akak gabungkn kedua-duanya
150gm gula pasir - bleh kurangkn sedikit lg sbb bg akak manis la
2 tbsp mentega
1 tsp pandan paste 
sedikit pewarna hijau 

Cara :
Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan Puding Kastard dalam periuk.
Masak atas api sederhana hingga adunan pekat dan meletup2 kecil..
Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan .
Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda okayy.


KEK CHOCOLATE MOIST

BAHAN BAHAN KEK CHOCOLATE MOIST  BAHAN A   1 cawan susu cair 1 cawan minyak jagung / minyak masak 1 cawan susu pekat manis 1 cawa...

The Aristocats - Marie 2Pinky Design Pointer