Tuesday, May 2, 2017

Resepi Kek Batik Bersalut Ganache

Resepi Kek Batik Di Salut Ganache


Kek batik coklat dengan biskut ini adalah salah satu jenis “No-Bake Cake” atau kek yang dibuat tanpa perlu memasak. Kek batik coklat ini juga tidak menggunakan sebarang tepung.


Sila ikuti resepi kek batik coklat biskut Marie saya ini untuk mendapatkan hasil yang seperti di atas. Resepi kek batik ini amat lah mudah dan senang untuk diikuti. Saya jamin anda pasti akan berpuas hati dan tidak menyesal dengan hasil nya.

BAHAN-BAHAN Resepi Kek Batik:

1.      Milo – 100gram
2.      Susu pekat manis – 195gram
3.      Susu segar – 100ml
4.      Biskut Marie – 300gram (Siap dipatah dua)
Anda juga boleh guna lain biskut. Mengikut citarasa masing-masing
5.      Mentega – 125gram
6.      Kacang almond (siap dipotong dan dipanggang)
7.      Serbuk koko – 15gram


CARA-CARA MENYEDIAKAN Kek BAtik:

1.      Pertama sekali, cairkan marjerin di dalam kuali
2.      Kemudian, masukkan susu pekat, Milo dan serbuk koko
3.      Gaul kesemuanya sehingga sebati. Pastikan tidak berketul
4.      Kemudian, masukkan biskut
5.      Gaul biskut dengan coklat sehingga semua sebati
6.      Kemudian, masukkan kacang almond
7.      Gaul sehingga sebati
8.      Pastikan biskut tidak hancur semasa menggaul
9.      Ambil bekas loyang yang di lapik plastik di atas nya
10.  Kemudian, tuang semua bahan tadi ke dalam bekas
11.  Tekan bahan tersebut sehingga mampat di dalam bekas loyang itu
12.  Kemudian, simpan kek anda dalam peti sejuk untuk disejukkan
13.  Sejukkan dalam 4-6jam



Sementara menunggu kek batik coklat anda siap, anda boleh menyediakan topping ganache. Ganache ini adalah cairan coklat untuk disalutkan di atas kek batik anda. Untuk melihat cara-cara menyediakan ganache boleh pergi ke link ini. 


Setelah kek batik anda sudah sedia. Keluarkan kek batik daripada loyang itu. Kemudian, potong dan susun kemas sebelum anda siram kek batik anda dengan ganache coklat. Kemudian boleh lah anda menikmati kek batik coklat biskut Marie di saluti coklat ganache anda bersama keluarga dan sahabat. Selamat mencubaa~


No comments:

Post a Comment

KEK CHOCOLATE MOIST

BAHAN BAHAN KEK CHOCOLATE MOIST  BAHAN A   1 cawan susu cair 1 cawan minyak jagung / minyak masak 1 cawan susu pekat manis 1 cawa...

The Aristocats - Marie 2Pinky Design Pointer