Resepi Biskut
Red Velvet White Chocolate Chips
Resepi Biskut Red Velvet istimewa, sesuai juga untuk dihidangkan pada hari raya atau di 'dessert table' di majlis hari jadi. Biskut atau cookies begini termasuk dalam kategori 'drop cookies' kerana teksturnya yang melekit dan disudukan dengan secukupnya kemudian dijatuhkan di atas dulang pembakar.
Resepi diambil dari
website cookingclassy.com . Tekstur biskut ni rangup di luar, lembut di
dalam, chewy dan sangat sedap. Kalau anda sukakan biskut lebih rangup, bakar
dengan lebih lama (anggaran lebih 3 hingga 4 minit).
Satu cara yang Che Nom
suka buat dengan drop cookies ialah rehatkan biskut dahulu di dalam
peti sejuk selama 10-15 minit sebelum dibakar supaya biskut tidak
terlalu melebar dan mengekalkan sedikit ketebalan yang sesuai.
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 35 minit Jumlah Hidangan : 35 biji
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 35 minit Jumlah Hidangan : 35 biji
Bahan-Bahan:
·
1 1/2 cawan tepung
gandum
·
2 1/2 sudu besar
serbuk koko
·
1 sudu teh tepung
jagung
·
3/4 sudu teh baking
powder
·
1/2 cawan mentega,
lembutkan
·
1 cawan gula kastor
·
1 sudu kecil vinegar
atau cuka makan
·
1 biji telur Gred A
·
1 1/2 sudu kecil
ekstract vanilla
·
1 1/2 sudu kecil
pewarna merah
·
3/4 cawan white
chocolate chips
Cara
Penyediaan:
1. Ayak tepung gandum, serbuk koko, tepung jagung
dan baking powder di dalam mangkuk dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan mixer, putar mentega bersama
gula kastor dan vinegar sehingga putih dan kembang. Anggaran dalam 3-4 minit.
3. Masukkan pula telur, esen vanilla dan pewarna
merah kemudian pukul sebati.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan akhir
sekali masukkan separuh white chocolate chip. Separuh lagi digunakan untuk
hiasan sebelum dibakar.
5. Sudukan doh menggunakan ice cream scoop di
atas dulang yang telah dilapik dengan kertas minyak. Kalau tak ada ice cream
scoop sudu pun boleh cuma saiz harus sekata supaya waktu masak adalah sama.
6. Masukkan doh yang sudah di scoop tadi ke dalam
peti ais selama 15 minit. Ini adalah supaya biskut tidak terlalu nipis dan
melebar apabila dibakar.
7. Bakar pada suhu 160°C selama 9-11 minit. Masa
adalah bergantung pada saiz oven dan jenis oven anda.
8. Angkat dan sejukkan biskut di atas redai.
Biskut memang lembut apabila baru masak dan panas, tetapi akan mengeras di
waktu proses penyejukan.
No comments:
Post a Comment